BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

DiD yOu LiKe My BlOg ?

Sunday, March 11, 2012

- TIPS KURUSKAN BADAN -


aduhai !!! hurm .. rmi org ckap sye smakin GEMUK .. oh , TIDAK !!! org klu duk kt asrama , mkin trun brat bdan ... mkin kurus .. tpi , sye x .... walaupun kt MRSM disediakan 6 kli mkan sehari , sye ttap lpar .. mklum larh , klu duk kt umh mulut niey x sah klu x kunyah setiap masa ... sye sentiasa rse lapar tau . sye ade searching kt internet hritu tntg tips2 nk kuruskan bdan .. meh sini , nk share ngan korg ...


1. kunyah makanan lebih lama dari biasa . ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangakan pengambilan makanan .
2. kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit . makan makanan yang kurang lemak . kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas , kuih-muih dan makanan ringan .
3. jika anda terasa lapar , makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan & sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar .
4. jangan makan lewat malam . jika anda tergolong dalam golongan ini , kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur .
5. jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar , minum air kosang atu makan sebiji buah seperti epal atau pisang .
6. jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan . anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini . langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari .
7. kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya . inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari untuk mengawal nafsu makan   anda .
8. tingkatkan aktiviti fizikal anda . latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari . anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan . objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori . lakukan aktiviti seperti pilih untuk menggunakan tangga berbanding lif .
9. buat senaman sit up & push up setiap kali bangun tidur pada waktu pagi . lakukan sebanyak 20 kali setiap set . tambah jumlah sit up & push up dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set . dengan cara ini , anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat , malah berpotensi mendapatkan abs yang cantik berketul-ketul <bagi lelaki> .


* jgan lupe pesan nabi : makan sebelum lapar , berhenti sebelum kenyang .
* selepas makan/minum , anda digalakkan berjalan sekurang-kurangnya 20 langkah supaya sistem penghadam berjalan dengan lancar .. bukannye lpas mkan terus baring tau , ia akn menyebabkan kte bertambah gemuk ...


selamat mencuba ! semoga berjaya ! doakan saya berjaya untuk menurunkan berat badan tau . 
                           . renung-renungkan & selamat beramal .
                                                      < capital N . I >

0 comments: